Wednesday, 16 November 2011

Jenis Air yang kita minum sekarang?

Anggaran 25,000 orang mati setiap hari kerana kekuarang air dan kerana minum air yang tercemar, Air yang tercemar mengandungi logam berat, mikroorganisma, klorin, bahan kimia organik dan bakteria. Ini akan menyebabkan bahan-bahan tersebut diserap oleh badan seterusnya boleh mengakibatkan kesan jangka panjang penyakit kronik.
Walaupun air yang di bekalkan dirumah telah melalui proses perawatan, ia masih tidak mencukupi, ini kerana air tersebut terdedah dengan pelbagai jenis pencemaran semasa proses penghantaran.
Air yang dibekalkan oleh pusat rawatan air membekalkan air yang dirawat kepada beribu-ribu kediaman melalui sistem perpaipan.
Namun paip tersebut telah lama dan berkarat, menyebabkan air yang kita dapat adalah air yang tidak sihat (tercemar) dan ini tidak selamat untuk diminum.

Air yang berklorin?

Menurut satu kajian oleh Joseph M.Price (M.D) di Amerika Syarikat, klorin yang dimasukkan ke dalam air paip adalah satu bahan kimia yang sangat bahaya. Menurut teorinya, klorin sebagai satu bahan yang sangat aktif bertindak balas dengan fat dan cholestrol menyebabkan ‘plak’ berwarna kuning terjadi dan berendap (deposited) di permukaan arteri-arteri. Endapan ini (atherosclerosis) menyebabkan arteri menjadi keras tidak kenyal (elastic). Arteri-arteri tersebut lama kelamaan boleh pecah ataupun lubangnya menjadi sempit. Keadaan demikian boleh menyebabkan penyakit atherosclerotic atau coronary heart disease dan stroke.

No comments:

Post a Comment

Berminat?

Nama
E-mail Address: *
No.telefon
Mesej

* Required